KUALA LUMPUR: Bagi memberikan kelainan pada sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini telah menganjurkan pelayaran bot khas di Sungai Mekong untuk rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Lebih membanggakan, pelayaran bot yang dinamakan sebagai "Bahtera Merdeka" itu turut dihiasi dengan puluhan Jalur Gemilang termasuk satu yang bersaiz gergasi, berukuran 18 meter panjang selain ungkapan keramat Merdeka turut dilaungkan sebanyak tujuh kali di atas bot itu secara beramai-ramai.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim ketika dihubungi Bernama berkata usaha itu dilakukan bertujuan untuk memberikan keunikan kepada sambutan Hari Kebangsaan yang sebelum ini lazimnya diadakan pada 31 Ogos di kedutaan itu.
"Setiap tahun secara rasmi sambutan Hari Kebangsaan kami adakan pada 31 Ogos di kedutaan, dengan acara menaikkan bendera Malaysia, nyanyian lagu Negaraku, ucapan, doa dan makan bersama rakyat Malaysia.
"Tapi, saya fikir sepatutnya untuk meraikan proses kemerdekaan bukan hari itu sahaja, tetapi sepanjang bulan itu...dan kebetulan pula saya dengar lagu-lagu kemerdekaan, ada lagu Bahtera Merdeka, jadi kenapa tidak kita buat bot sebenar dan kita jemput rakyat Malaysia," katanya.
Eldeen Husaini berkata selepas mengadakan perbincangan, sedikit kajian akhirnya sebuah bot dua tingkat di pelabuhan Bopha Phnom Penh disewa untuk menjayakan program itu dan ia dapat memuatkan maksimum 150 penumpang dalam satu-satu masa.
"Sambil menikmati pemandangan persisiran bandar raya Phnom Penh, rakyat Malaysia yang menaiki bot itu turut didendangkan dengan lagu-lagu patriotik, laungan merdeka, aktiviti kibaran Jalur Gemilang, cabutan bertuah selain turut dipersembahkan dengan nyanyian daripada kumpulan muzik dan sajian masakan Malaysia.
"Kesempatan itu juga memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia yang hadir pentingnya menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi dan mengenang kembali pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang untuk mendapatkannya," katanya sambil menambah pelayaran itu berlangsung kira-kira dua jam.
Menurut Eldeen Husaini kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja yang terlibat dalam pelbagai perniagaan antaranya perbankan, infrastruktur, telekomunikasi dan restoran serta dianggarkan lebih 500 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu.
Sementara itu, Tan Twu Yang, 43, yang berkongsi keterujaan menaiki bot itu berkata beliau bangga dengan kreativiti Kedutaan Malaysia di Phnom Penh untuk memberikan pengalaman berbeza kepada rakyat Malaysia di luar negara merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan.
"Sambutan ini sangat unik apabila ia dibuat di atas bot sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik. Orang-orang luar dan rakyat tempatan pula dapat melihat bendera Malaysia yang besar itu gah berlayar bersama kami di Sungai Mekong.
"Mereka dapat melihat semangat patriotisme dan kenegaraan yang tinggi ditonjolkan oleh kita, ia mengingatkan saya juga di Malaysia meskipun kita berbeza bangsa tapi kekal bersama dan menyambut kemerdekaan itu bersama," katanya yang telah bekerja di negara itu kira-kira 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
"Bahtera Merdeka" itu turut dihiasi dengan puluhan Jalur Gemilang termasuk satu yang bersaiz gergasi. - Foto Twitter/Khmer Times
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
'Bahtera Merdeka' berlayar di Sungai Mekong Kemboja, pamer semangat patriotisme
"Bahtera Merdeka" itu turut dihiasi dengan puluhan Jalur Gemilang termasuk satu yang bersaiz gergasi.